Jumaat, 21 Ogos 2009



Secara teknikalnya carta di tanda untuk membaca pergerakan harga terdahulu bagi meramalkan tindakan selanjutnya.
Di dalam Bull Channel yg terdahulu kita lihat ada sedikit perangkap belian pada awalnya dan tekanan belian memaksa harga membuat cubaan 1 dan 2 sehingga ke 2a sebelum mendarat pada cubaan ke 2 Belian. Obses pembeli memantulkan harga secara lurus untuk memecah pada cubaan ke 3, Disitu harga spt telah di ubah oleh kuasa BELIAN yg besar untuk menukar arah pasaran dan boleh dilihat pada kotak biru, Setelah gagal memecah pada cubaan ke3 harga sedikit jatuh dan membina perangkap belian seketika seterusnya menukar terus arah pasaran.
Pada Bear channel pula harga telah pun berada di persimpangan dilema,
Jika kita lihat cubaan ke 3 belian telah sempurna tapi harga kembali berada di dalam channel, bagi memudahkan cara saya membina segitiga untuk menjejak arah seterusnya.
Pada pendapat saya jika belian mengambil tempat ianya hanyalah bersifat sementara bagi melengkapkan kuasa momentem Jualan seterusnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan