Ahad, 27 September 2009


Harga telah mendarat pada kedudukan Y2 dan saya menantikan pembetulannya. Jika Jualan membuat harga terendah lagi dan mengenai Fibo yg ke 3 di situ mungkin ada pembetulan yg sepatutnya ada. Saya ada target 129.xx untuk sasaran Jualan seterusnya, jika hari jatuhan berterusan selama 5 hari..., berkenaan ramalan 10 tahun adalah kiraan logik pada waktu ini sahaja.. jika ada perubahan akan datang kita tetap akan mengikut situasi pasaran semasa.

Jumaat, 25 September 2009


Dua hari berterusan Jualan menguasai dan ledakan yg sehala dan tajam melepasi halangan di garisan biru dan kini di jangka ke sasaran Y2. Pada peringkat ini bolehlah di katakan Jualan telah mengusai pasaran dan jika ada pembetulan belian nanti ianya bersifat sementara dan trap. Saya kini memikirkan apakah kekuatan Jualan ini tidak memberi ruang pantulan kepada X2 atau terus memecah garisan bawah dan mencipta fenomena dauble bottom pada tahun terakhir ini sebelum harga akan kembali BULL untuk 10 tahun akan datang. Apa yg terbaik pada masa itu kelak ialah para pembeli pembeli yg bertuah yg berjaya menghidu peluang untuk BUY N HOLD for 10 Years...

Khamis, 17 September 2009


Di Y2 harga membuat harga terendah dan kemudian bangkit kepada X3 seterusnya kini mencari arah. Saya jangkakan harga akan tidak terarah dlm seketika dan pada saat ini eloklah berhati hati kepada trap yg bakal di cipta.

Isnin, 14 September 2009


Harga telah melalui saat saat menebarkan dan saya telah membuat laluan kemungkinan seterusnya. Saya masih menganggap kedaan ini bersifat sementara kerana tiada sokongan yg kuat dari carta harian.

Jumaat, 11 September 2009


Setelah Harga melepasi Y3, ada petunjuk untuk Jualan kembali menguasai namun masih lemah untuk di ramalkan sekarang memandangkan Carta Harian Tidak berada di parasnya untuk meyokong ramalan Jualan Berterusan. Jika sebaliknya satu Ledakan Belian akan muncul untuk mengukuh jatuhan akan datang.

Rabu, 9 September 2009


Hari ini aku melihat ada peluang untuk menambah kedudukan jualan, Jadi aku menambah posisi dengan meletakkan SL Di dalam kotak merah itu harga kembali hilang haluan dan memecah dinding y3.

Selasa, 8 September 2009


Dari sudut ini kita akan memantau pergerakkan harga. Juga boleh mencari peluang terbaik untuk memasuki pasaran,

Isnin, 7 September 2009


Seperti yang katakan sebelum ini, harga telah pun kembali membuat belian tertinggi dan kini dalam posisi ke haluan asal. Saya jangkakan akan ada satu gelombang belian selepas ini namun itu sangat berkait seandainya harga tidak membuat Jualan tertinggi. Jika ini berlaku drama Jualan mega pasti meriah nanti...

Khamis, 3 September 2009



Apakah ini pembetulan belian yg saya nantikan itu, Harga kini telah berjaya keluar dari garisan Jualan .Jika harga kekal begini harga boleh mendaki membuat harga Belian tertinggi setelah sekian lamanya harga bertindak sebaliknya.

Selasa, 1 September 2009


Dalam carta harian ini harga teleh menembus melepasi garisan biru. Pada hari ini harga terbit di bawah garisan adalah petanda yg baik untuk jualan mengukuhkan penguasaan seterusnya. Namun skala yg tepat masih samar.

Saya masih menantikan pembetulan belian yg kuat sebelum harga menetapkan haluanya kembali, namun harga sentiasa membina tahap terendah yg baru dalam usaha untuk mendaki.