Selasa, 2010 Januari 05



Dari permahatian di carta H1 nadi gerakan harga telah berlaku normal dan petanda baik bahawa pasaran telah kembali normal. manakala dalam carta Harian ada sedikit tindakan yg upnormal di dalam tanda bulatan, jadi presepsi harga masih mencari arah momentum masih kabur. Elok lah di biarkan harga membuka laluan baru arah pasaran sebelum tindakan selanjutnya.

Rabu, 2009 Disember 30



Dari 2 keadaan carta dapat di nilai keadaan pasaran yg tidak menentu semenjak dari september dan spt biasa keadaan pada penghujung tahun yg lesu. Setelah jatuhan yg melebihi 2 ribu pip, kini rannge harga semakin mengecil dan semakin membosankan. Insyaalah akan ledakan yg kuat menjurus selepas tahun baru dan harga kembali rancak. Saya kekal bercuti sehinggalah ledakan itu muncul. Akhir sekali selamat tahun baru.

Jumaat, 2009 Oktober 23


Kita telahpun melihat pembetulan bagi Belian yg sangat kuat dan padu. Apakah belian akan terus menguasai lantas mengubah hala tuju pasaran nanti? ianya sangat ptg untuk kita perhatikan pergerakkan seterusnya selepas ini. Jika sebaliknya cubalah cari peluang terbaik untuk memasuki pasaran kembali. Kenaikan ini membuka lembaran arah pasaran jualan yg semakin jauh, Perlu di ingatkan supaya tidak terlalu gopoh untuk memasuki pasaran dalam keadaan yg sulit spt ini sebaiknya biarkan harga memberi sedikit petunjuk..

Khamis, 2009 Oktober 15



Semalam telah berlaku gerakan Belian yg kuat serta menarik dan seterusnya memecah kebuntuan haluan harga pada masa sekarang ini. Hari ini saya sertakan 2 carta harian dan H1 bagi menerangkan kemunkinan dan peluang peluang atau kesilapan yg membawa kepada kerugian!!, Di dalam Carta H1 saya lihat selepas X2 pergerakkan harga meledak dan tidak spt kebiasaanya. Apa yg saya boleh tafsirkan ini adalah mungkin pergerakan perangkap dan peluang bagi para penjual atau boleh juga di tafsir sebagai tanda awal akan perubahan arus pasaran.
Bagi Carta Harian pula, saya telah membuat target fibo yg terbaru dan arah gerakan belian di perlukan bagi melengkapkan kitaran X2 harian, Namun jika arah belian telah menguasai pasaran adakah kemungkinan siri H1 akan berulang pada carta harian namun kadangkala boleh juga di panggil perangkap belian dr peringkat harian.
Saya masih x berminat mengalih SL 2 post saya yg terdahulu kini saya menambah satu post lagi dgn andaian H1 adalah perangkap belian beserta SL,

Selasa, 2009 Oktober 13


Hampir seminggu berlalu pergerakkan harga perlahan dan kehilangan daya tarikan. Mungkin ramai menantikan harga membuat satu gerakan dahulu sebelum mereka memasuki pasaran. Secara keseluruhan Harga masih di bawah pengaruh Jualan dan dengan setiap gerakan telah di tanda untuk menjejaki gerakan seterusnya. Setakat ini apa yg boleh di baca ialah harga telah menyudahkan gerakan Y2, manakala di X2 masih tiada penyudahan. Dengan gerakan harga semakin mengecil didalam lingkup segitiga kebiasanya akan berlaku ledakan yg membuka arah pasaran kelak.

Selasa, 2009 Oktober 06


Bacaan dalam Carta H1 boleh lah di kira begini, cubaan Belian untuk X2 tidak berjaya dan kini di tandakan sebagai x1(a). Harga kini mendarat pada kedudukan y3 di jangka akan bolos untuk tujahan Jualan terbaru.

Harga telah hilang arah, namun keseluruhan pasaran di kuasai oleh arus Jualan, Jika di lihat pembetulan belian sebelum ini tidak lah kuat dan spt keadaan ini, apa yg terbaiknya ialah menanti saat saat terbaik untuk menambah kan lagi posisi Jualan, namun tunggu selepas berlakunya perangkap belian berlaku.!!