Ahad, 27 September 2009


Harga telah mendarat pada kedudukan Y2 dan saya menantikan pembetulannya. Jika Jualan membuat harga terendah lagi dan mengenai Fibo yg ke 3 di situ mungkin ada pembetulan yg sepatutnya ada. Saya ada target 129.xx untuk sasaran Jualan seterusnya, jika hari jatuhan berterusan selama 5 hari..., berkenaan ramalan 10 tahun adalah kiraan logik pada waktu ini sahaja.. jika ada perubahan akan datang kita tetap akan mengikut situasi pasaran semasa.

Jumaat, 25 September 2009


Dua hari berterusan Jualan menguasai dan ledakan yg sehala dan tajam melepasi halangan di garisan biru dan kini di jangka ke sasaran Y2. Pada peringkat ini bolehlah di katakan Jualan telah mengusai pasaran dan jika ada pembetulan belian nanti ianya bersifat sementara dan trap. Saya kini memikirkan apakah kekuatan Jualan ini tidak memberi ruang pantulan kepada X2 atau terus memecah garisan bawah dan mencipta fenomena dauble bottom pada tahun terakhir ini sebelum harga akan kembali BULL untuk 10 tahun akan datang. Apa yg terbaik pada masa itu kelak ialah para pembeli pembeli yg bertuah yg berjaya menghidu peluang untuk BUY N HOLD for 10 Years...

Khamis, 17 September 2009


Di Y2 harga membuat harga terendah dan kemudian bangkit kepada X3 seterusnya kini mencari arah. Saya jangkakan harga akan tidak terarah dlm seketika dan pada saat ini eloklah berhati hati kepada trap yg bakal di cipta.

Isnin, 14 September 2009


Harga telah melalui saat saat menebarkan dan saya telah membuat laluan kemungkinan seterusnya. Saya masih menganggap kedaan ini bersifat sementara kerana tiada sokongan yg kuat dari carta harian.

Jumaat, 11 September 2009


Setelah Harga melepasi Y3, ada petunjuk untuk Jualan kembali menguasai namun masih lemah untuk di ramalkan sekarang memandangkan Carta Harian Tidak berada di parasnya untuk meyokong ramalan Jualan Berterusan. Jika sebaliknya satu Ledakan Belian akan muncul untuk mengukuh jatuhan akan datang.

Rabu, 9 September 2009


Hari ini aku melihat ada peluang untuk menambah kedudukan jualan, Jadi aku menambah posisi dengan meletakkan SL Di dalam kotak merah itu harga kembali hilang haluan dan memecah dinding y3.

Selasa, 8 September 2009


Dari sudut ini kita akan memantau pergerakkan harga. Juga boleh mencari peluang terbaik untuk memasuki pasaran,